Rumah Tumpangan Impian merupakan satu destinasi penginapan yang amat sesuai bagi percutian keluarga anda.Terletak berhampiran Lebuhraya Sungai Besi, UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), The Mines, LRT Sg Besi and LRT Bandar Tasik Selatan, Bukit Jalil, UPM (Universiti Putra Malaysia) serdang, Bandaraya Kuala Lumpur, ianya menjadi satu lokasi persinggahan,percutian dan penginapan yang berkonsepkan keluarga.Amat sesuai dijadiakn tempat rehat sementara bagi rombongan merisik khabar,peminangan,perkahwinan dan lain - lain. Kemudahan yang disediakan : di sini

Wednesday 10 July 2013

Macam ner Syaitan Di Ikat Di Bulan Ramadhan????

Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:
Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah